Pelabuhan Klang Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang Rabu

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.

Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).

Kawasan lain yang turut merekodkan IPU sederhana ialah Muar (78), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (52), Balok Baru (61), Indera Mahkota (54), Jerantut (57), Tanjung Malim (66), Keningau (54), Kota Kinabalu (57), Labuan (55), Bintulu (72), Limbang (53), Miri (52), Samarahan (56), Sibu (61) dan Tanah Merah (52).

Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah Kota Tinggi (46), Jalan Tasek, Ipoh (35), Seri Manjung (37), Kangar (33), Perai (37), Universiti Sains Malaysia (USM) (25), Sandakan (35), Alor Setar (34), Tawau (42), Kuching (43) dan Kemaman (40). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan