Maxis Lancar Perkhidmatan Lindungi Data Pelanggan

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna sistem rangkaian Maxis berpeluang menikmati perkhidmatan perlindungan peranti dan data peribadi menerusi Kempen Maxis Secure yang dilancarkan pada Rabu dengan harga serendah RM2.

Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad, Jean-Pascal van Overbeke berkata, menerusi Maxis Secure, perkhidmatan yang disediakan merangkumi perlindungan anti kecurian, perlindungan data lengkap, kawalan pengawasan, aplikasi keselamatan Internet dan anti-virus.

"Perkhidmatan perlindungan itu diperkenalkan berikutan peningkatan jumlah pengguna Internet mudah alih daripada lima juta pelanggan pada 2010 kepada tujuh juta pelanggan pada tahun ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Maxis Secure di sini pada Rabu.

Menurut beliau, lima perkhidmatan keselamatan yang ditawarkan buat julung kalinya itu disasarkan kepada pengguna telefon mudah alih dan komputer peribadi seiring dengan perkembangan teknologi pada era moden ini.

"Pada hari ini, ramai rakyat di negara ini menggunakan telefon bimbit dan komputer peribadi dalam menjalankan urusan seharian. Jadi mereka boleh mendapat perlindungan peranti dan data dengan harga yang jauh lebih murah setiap bulan," ujarnya.

Bagi perkhidmatan perlindungan data Maxis, Van Overbeke berkata, pelanggan hanya dikenakan caj sebanyak RM2 setiap bulan bagi memperoleh semula data yang hilang apabila diperlukan.

"Dalam pakej itu, kami menyediakan insuran ke atas kehilangan data penting akibat kecuaian pengguna atau teknologi gagal berfungsi. Khidmat pesanan ringkas (SMS), gambar, video, nombor telefon dan kalendar yang hilang boleh diperolehi semula dengan mudah," jelasnya.

Sementara itu, Van Overbeke berkata, perlindungan anti kecurian membolehkan pengguna mengunci, memadam data dan mengesan peranti yang hilang di Internet atau menerusi khidmat SMS dengan caj RM3 sebulan.

Walaupun perkhidmatan seumpama itu turut disediakan beberapa pembangun peranti termasuk RIM melalui BlackBerry Protect, Van Overbeke percaya bilangan penggunanya semakin meningkat kerana perkhidmatan perlindungannya yang lebih mudah dan pantas.

"Perkhidmatan perlindungan itu boleh dinikmati pengguna telefon bimbit rangkaian 3G dan GPRS, PDA dan peranti berasaskan Windows Mobile tidak kira masa dan tempat.

"Langganan percuma selama sebulan untuk perkhidmatan anti kecurian dan perlindungan data diberikan secara percuma kepada pengguna setia Maxis bermula hari ini," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan