KDN Nafi Beri Taraf Kerakyataan Kerana Pilihan Raya

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN), menafikan dakwaan kononnya ia sewenang-wenangnya meluluskan pemberian taraf kerakyatan untuk tujuan pilihan raya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong memberitahu pemberita di sini hari bahawa pemberian taraf kerakyatan adalah berdasarkan kepada perlembagaan sedia ada dan tidak diberikan secara sesuka hati.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Lee berkata walaupun ada warga asing yang sudah menjadi penduduk tetap, mereka boleh memohon taraf kerakyatan tetapi belum tentu ia diluluskan.

"Jadi tidak wujud isu pemberian taraf kerakyatan semata-mata untuk tujuan pilihan raya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan