JKKP Di Seluruh Negara Disaran Wujudkan Facebook

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Semua 15,000 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di seluruh negara disaran mewujudkan laman sosial, Facebook, masing-masing bertujuan memudahkan komunikasi dengan masyarakat.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman berkata Facebook kini menjadi medium baru untuk orang ramai berkomunikasi, memberikan pandangan dan memperoleh maklumat.

"Orang ramai boleh berhubung dengan anggota JKKP kawasan masing-masing dengan mudah dan cepat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan untuk pengerusi dan setiausaha JKKP Pulau Pinang di sini, Khamis.

Beliau berkata melalui medium itu orang ramai boleh membuat aduan dan mengutarakan masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan. "Facebook ini juga adalah medium untuk merapatkan hubungan antara masyarakat di sesebuah kampung," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata tindakan kerajaan negeri menghalang wartawan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak wajar.

"Selama ini DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperjuangkan kebebasan akhbar. Jika nak bagi kebebasan bersuara, janganlah halang orang daripada pergi atau masuk ke mana-mana," katanya.

Katanya keputusan kerajaan negeri itu adalah tindakan yang melanggar batas-batas kebebasan bersuara di negara ini.

"Saya tidak nampak pendirian yang dibuat oleh kerajaan negeri ini mencerminkan kebebasan bersuara di negara ini," katanya.

Selasa lepas, DUN Pulau Pinang meluluskan usul mengharamkan wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan dewan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, usul itu dicadang berikutan akhbar itu didakwa sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan