Anwar Perlu Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Terlibat Dalam Video Seks Dan Liwat

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang sudah bersumpah laknat mengatakan beliau terlibat dalam skandal video seks dan kes liwat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari berkata perkara itu dituntut oleh Islam bagi mengelakkan fitnah dan tuduh menuduh daripada terus berlarutan.

"Bila sumpah laknat berlaku, maka cara menjawab balik adalah dengan sumpah laknat juga, ini yang dituntut sebenarnya, jadi kita masih menunggu sekiranya Anwar bersedia untuk bersumpah laknat.

"Sekiranya beliau masih lagi berada dalam peringkat tidak sanggup bersumpah laknat, maka ia akan menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Forum 65 Tahun Umno di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau berkata sekiranya isu itu berpanjangan, semestinya akan berlaku perpecahan yang berterusan sekaligus perpaduan yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan