Sistem Parol Beri Manfaat Kepada 210 Banduan Di Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seramai 210 banduan telah mendapat manfaat daripada sistem parol sejak ia dilaksanakan di penjara-penjara negeri pada 2008.

Pengarah Jabatan Penjara Negeri Mohd Zawawi Ab Rahim berkata sistem itu telah terbukti amat berjaya.

"Kita tidak mempunyai kes berulang di kalangan mereka yang telah menjalani parol sebelum ini. Mereka kini telah banyak berdikari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif peringkat jabatan itu di sini, Rabu.

Beliau berkata pada masa ini, 28 orang menjalani sistem parol di seluruh negeri dengan 10 dari Kuching dan masing-masing tujuh dari Sibu dan Miri dan empat di Bintulu.

Katanya sistem itu diperkenalkan oleh kerajaan bagi mempercepatkan pemulihan banduan di dalam masyarakat.

"Ia hanya ditawarkan kepada mereka yang melakukan kesalahan ringan di mana mereka hanya menerima hukuman ringan. Mereka juga dianggap berisiko rendah kepada masyarakat," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata penjara bagi bandar Bintulu, yang keenam di negeri ini, dijangka siap menjelang tahun depan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan