PKMM Dakwa Tender MBI Dikuasai Kontraktor Besar

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak mendakwa terdapat 'kontraktor besar' yang menguasai urusan pemberian tender oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Yang Di Pertua PKMM Perak Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa menyerahkan lesen kepada kontraktor besar terbabit bagi mendapatkan kerja Pihak Berkuasa Tempatan itu.

"Maklumat yang diperoleh dari ahli persatuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi tender dan sebut harga di MBI sehinggalah mereka menyerahkan lesen itu kepada kontraktor besar berkenaan. "Syarikat mereka akan mendapat kontrak MBI selepas menyerahkan lesen dan akan dibayar saguhati di atas projek yang diperoleh itu," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa mengulas amaran Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim semalam bahawa MBI akan menyenaraihitam kontraktor yang menjual kontrak yang diberi kepada mereka oleh MBI.

Jamaluddin berkata MBI patut melupakan soal hendak menyenarai hitam kontraktor sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah 'kontraktor besar' yang kini menguasai MBI sehinggakan kontraktor bumiputera gagal mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata MBI boleh membuat semakan terhadap senarai kontraktor yang telah mendapat kerja bagi mengesahkan dakwaan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan