Majikan Diminta Segera Bayar Tunggakan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan yang menggaji pengawal keselamatan swasta di Semenanjung diarah supaya segera membayar tunggakan gaji minimum kepada pengawal keselamatan mereka mulai tarikh berkuatkuasanya perintah itu 15 Februari lepas.

Jofri Joakim, yang kini menjalankan tugas Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, berkata ia selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Majlis Penetapan Gaji (Perintah Peraturan gaji) (Saraan Minimum Berkanun Bagi Pengawal Keselamatan Swasta Di Semenanjung Malaysia) 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jabatan itu menerima banyak aduan daripada pekerja-pekerja yang digaji oleh syarikat keselamatan yang mendakwa mereka belum dibayar gaji selaras dengan kadar gaji minimum yang ditetapkan di bawah perintah berkenaan.

Jofri berkata bahawa dalam perbincangan antara Kementerian Sumber Manusia dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia mengenai pelaksanaan gaji minimum pengawal keselamatan swasta, tempoh masa yang mencukupi diberikan kepada pihak berkenaan untuk mengambil langkah sesuai bagi mematuhi perintah itu iaitu sebelum 30 Jun ini.

Katanya jabatan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang didapati melanggar perintah berkenaan sekiranya tempoh kelonggaran yang diberikan itu berakhir.

Jika disabit dan didapati bersalah di bawah Akta Majlis Penetapan Gaji 1947, majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500 bagi setiap kesalahan, katanya.

Pada 15 Februari lepas, kerajaan menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia antara RM500 dan RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.

Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.

Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan