Perkongsian Universiti-Industri Mampu Rangsang Kemajuan : Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebarang halangan dalam hubungan antara golongan akademik dan pihak industri di negara-negara anggota Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) perlu dikikis memandangkan perkongsian antara kedua-duanya penting kepada kemajuan ekonomi dan sosial.

Berucap semasa sidang pleno pada Mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran Asem (ASEMME) di sini pada Selasa, beliau bagaimanapun mengakui bahawa untuk menjalin hubungan seperti itu amat sukar kerana kedua-dua pihak itu mempunyai sistem insentif berbeza.

Universiti lebih didorong untuk menghasilkan ilmu baru dan untuk mendidik bagi menyokong peranan asasnya manakala pihak industri dan perniagaan pula tertumpu kepada mengumpul ilmu yang boleh memberi keuntungan, katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin satu hubungan yang erat antara ahli-ahli akademik dan industri mampu dibentuk dalam satu persekitaran di mana terdapat budaya kerjasama yang memerlukan kepimpinan dan komitmen dasar jangka panjang daripada sektor pendidikan dan kerajaan.

Beliau berkata universiti serta sektor perniagaan dan industri boleh bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk pembangunan sosial.

Katanya satu contoh di mana industri boleh menyumbang kepada inisiatif universiti ialah dalam pembetukan kursi bagi penyelidikan dalam bidang-bidang kepakaran tertentu ke arah mendorong pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

Satu lagi contoh, menurut Muhyiddin, universiti boleh menyediakan khidmat rundingan dan latihan dalam bidang-bidang yang penting kepada industri selain bekerjasama untuk meneruskan program pendidikan yang dibentuk untuk peserta daripada industri sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Di pihak industri dan perniagaan pula, mereka boleh memberi peluang kepada penuntut menjalani latihan perindustrian bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran sebelum mereka ini memasuki pasaran tenaga kerja, katanya.

Muhyiddin memberitahu persidangan itu bahawa kerajaan Malaysia sedar tentang perlunya pihak industri dan perniagaan dilibatkan dalam bidang pendidikan supaya ianya relevan kepada keperluan masyarakat.

Katanya kerjasama antara pihak akademik dan industri tidak seharusnya tertumpu dalam sesebuah negara sahaja.

Beliau menyambut baik cadangan supaya kerjasama antara negara-negara anggota ASEM dipertingkatkan.

Muhyiddin juga memberitahu persidangan itu bahawa Malaysia sedia menjadi tuan rumah Forum Universiti-Perniagaan Asem tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan