Kemudahan Awam Perlu Diberi Rebat Cukai Tanah

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kerajaan Kedah sepatutnya menggunakan budi bicara dalam isu cukai tanah melibatkan kemudahan awam seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk memberi rebat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar berkata perkara itu diperuntukkan dalam undang-undang tanah membabitkan bangunan kerajaan.

"UUM adalah tempat yang menjadi tumpuan masyarakat, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah rakyat asing pun menimba ilmu di situ.

"Sepatutnya Kerajaan negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah seperti yang dikenakan kepada individu lain terhadap UUM, sebaliknya diberi rebat kepada institusi itu," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau juga berpandangan rebat itu sewajarnya diberikan secara automatik.

Isu cukai tanah UUM mendapat perhatian umum selepas kerajaan Kedah yang diteraju PAS enggan melanjutkan pemberian rebat yang sebelum ini dinikmati UUM ketika Kedah ditadbir Barisan Nasional.

Menerusi pemberian rebat tersebut, UUM hanya perlu membayar RM100,000 setahun berbanding RM1.74 juta yang ditetapkan kerajaan negeri itu sekarang.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah Datuk Mohd Johari Baharom berkata sekarang adalah masa bagi kerajaan Kedah menyumbang kepada UUM.

"Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu pertimbangkan lagi perkara itu. Kerajaan persekutuan telah membina UUM, jadi kerajaan negeri perlu lakukan sesuatu untuk memberi sumbangan kepada UUM," katanya.

Beliau berkata tindakan kerajaan Kedah yang menolak rayuan demi rayuan oleh UUM agar pemberian rebat disambung membayangkan kerajaan negeri mengambil keuntungan daripada usaha kerajaan pusat.

Rabu lepas, Azizan dilapor berkata UUM diberi masa sehingga bulan depan untuk menjelaskan cukai tersebut atau berdepan dengan tindakan penyitaan.

Pada Isnin, dalam satu pertemuan dengan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Azizan berkata beliau bersedia menimbang rayuan itu jika ia dilakukan Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan