Usahanita Sedia Platform Untuk Ahli Perniagaan Wanita Ke Peringkat Antarabangsa

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konvensyen antarabangsa mengenai "Wanita dalam Perniagaan", yang bakal diadakan pada Oktober ini akan mengubah corak pemikiran usahawan wanita dalam perusahaan kecil dan sederhana untuk meneroka peluang-peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.

Konvensyen tiga hari itu, yang dijadualkan berlangsung pada 28 Okt, merupakan yang pertama dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Usahanita), sebagai menyahut cabaran isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada ahli perniagaan tempatan supaya meneroka ke luar negara.

Presidennya Faridah Ab.Jabbar berkata persatuan mengambil langkah berani dengan melihat dengan lebih luas lagi selepas memberi tumpuan kepada aktiviti yang terhad untuk 25,000 anggotanya.

"Sebanyak tiga suku daripada daripada anggota kami terlibat dalam keusahawanan kecil dan sederhana. Jadi, kami berhasrat untuk menukar corak pemikiran mereka untuk ke peringkat global, meneroka peluang dan persekitaran perniagaan baru.

"Kami mahu bergerak ke hadapan dan menyahut cabaran Datin Seri Rosmah untuk ke peringkat global. Kami telah mengendalikan kursus dan latihan tetapi anggota kami berpuas hati dengan zon selesa mereka. Kami mahu menolak mereka ke hadapan lagi," kata beliau kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata memandangkan anggotanya telah meneroka ke dalam pelbagai kluster perniagaan, bukan mudah untuk mengukur kejayaan mereka.

"Dalam sesetengah kluster, lebih 50 peratus telah berjaya," kata beliau dan menambah yang konvensyen berkenaan akan memberi tumpuan kepada "kecantikan, kecerdikan dan keberanian" untuk memberi motivasi, bimbangan dan melengkapkan anggota dengan keperluan perniagaan yang sewajarnya.

Faridah berkata konvensyen itu akan keluar daripada kebiasaan di mana para peserta akan ditawarkan peluang untuk mengadakan perangkaian dan bertanya soalan semasa keseluruhan sesi.

"Kami tidak mahu mereka hanya duduk dan mendengar dari satu ceramah ke satu ceramah tetapi mengadakan perbincangan pada masa yang sama," katanya.

Konvensyen tersebut yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka akan menghimpunkan pemilik perniagaan, organisasi usahawan wanita bukan kerajaan, pemimpin korporat, penuntut universiti serta usahawan antarabangsa dan tempatan.

Faridah berkata persatuan juga berharap untuk mengemukakan cadangan penubuhan institut pengurusan perniagaan yang akan membantu anggota memperluaskan perniagaan mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan