Sabah Lancar Bilik Bicara Bergerak, Atasi Kesulitan Rakyat Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Mula beroperasi sejak April lepas dan telah mengendalikan 99 kes setakat ini, Jabatan Kehakiman Negeri Sabah pada Isnin melancarkan secara rasmi bilik bicara bergeraknya.

Ketika melancarkannya, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata beliau berbangga kerana Sabah menjadi pelopor perkhidmatan itu yang bertujuan memudahkan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

"Bilik bicara bergerak ini diilhamkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum selepas memerhatikan kesulitan dan masalah dihadapi oleh saksi dan orang awam yang tinggal di pekan kecil dan jauh dari bandar-bandar, untuk berurusan dengan mahkamah ini," katanya di sini.

Beliau berkata kewujudan bilik bicara bergerak itu juga membantu kerajaan menjimatkan kos sehingga jutaan ringgit kerana tidak perlu membina bangunan mahkamah di semua daerah.

"Ini kerana untuk membina bangunan mahkamah dengan kelengkapan sebuah bilik bicara boleh menelan sekitar RM5 juta hingga RM8 juta, manakala kos untuk mewujudkan bilik bicara mahkamah bergerak melalui pengubahsuaian bas hanya menelan belanja RM250,000 hingga RM300,000 saja," kata Musa.

Bas yang diubahsuai kepada bilik bicara bergerak itu adalah sumbangan kerajaan negeri Sabah melalui dua syarikat berkaitan kerajaan iaitu Sabah Credit Corporation dan Angkatan Hebat Sdn Bhd.

Pelaksanaan bilik bicara bergerak itu adalah penambahan kepada konsep Mahkamah Bergerak yang dilancarkan kira-kira empat tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Mahkamah negeri Sabah Ismail Brahim memberitahu pemberita bilik bicara bergerak itu telah diguna di Donggongon, Tuaran dan Bongawan.

"Untuk sepanjang tempoh tiga bulan akan datang, kami sudah mengenal pasti beberapa pekan kecil di sepanjang kawasan pantai barat Sabah yang akan dilawati oleh bilik bicara bergerak ini.

"Ianya bukan saja dengar kes-kes kecil seperti kesalahan trafik dan saman, malah boleh mendengar kes perbicaraan penuh jenayah," katanya.

Beliau berkata buat masa ini, bilik bicara bergerak itu bersidang di hadapan premis seperti bank dan balai polis yang mudah dikenal pasti oleh penduduk setempat.

Sementara itu Malanjum yang turut hadir, berkata pada masa akan datang bilik bicara bergerak itu akan bersidang di pasar tamu.

"Pendekatan ini bukan saja memudahkan orang ramai menemui lokasi, tetapi juga satu cara mencegah jenayah. Contohnya mereka yang nampak bilik bicara itu berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan," katanya.

Menjawab satu soalan, Malanjum berkata Sabah dan Sarawak masing-masing memerlukan empat bilik bicara bergerak seumpama untuk menampung keperluan seluruh negeri.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan