Nilai Baik Kekuatan Masyarakat Asean - Najib

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dari negara-negara anggota Asean supaya menggalakkan nilai-nilai baik yang akan menyokong kejayaan Komuniti Asean pada masa depan.

Perdana Menteri berkata mereka tidak sepatutnya memberi perhatian hanya kepada isu yang khusus.

Bercakap pada mesyuarat tidak rasmi pemimpin Asean dengan wakil-wakil CSO, sebagai sebahagian daripada permulaan Sidang Kemuncak Asean ke-18 di sini Sabtu, Najib mengucapkan tahniah atas pandangan komprehensif mereka berhubung pelbagai perkara.

Sambil menggesa pertubuhan-pertubuhan itu supaya meningkatkan kerjasama dengan kerajaan-kerajaan Asean, Perdana Menteri berkata CSO perlu menyalurkan maklum balas yang baik kepada kerajaan berhubung masalah-masalah masyarakat sivil.

Dengan kerjasama yang baik, mereka perlu juga bertindak sebagai rakan kongsi kepada kerajaan-kerajaan Asean dalam menyelesaikan pelbagai isu dan meningkatkan penyertaan mereka di peringkat serantau daripada hanya memfokuskan kepada peringkat nasional.

"CSO bertanggungjawab bukan sahaja untuk menangani isu masyarakat serantau tetapi juga bertanggungjawab untuk mensosialisasikan nilai-nilai baik kepada masyarakat.

"Sekarang ini, era kerajaan lebih mengetahui dan kerajaan tahu semua sudah berakhir. CSO perlu memberikan maklum balas untuk pembuat dasar dan menjadi barisan hadapan dalam perlumbaan mencari penyelesaian kepada masyarakat," katanya.

Semasa mesyuarat itu, wakil-wakil CSO telah menyampaikan cadangan kepada para pemimpin Asean bagi meningkatkan pelan penjagaan kesihatan yang bersifat universal dan tidak menindas.

Mereka juga menegaskan mengenai keperluan untuk satu dasar Asean bagi menangani isu kesaksamaan gender, program pembasmian kemiskinan, pencapaian Matlamat Pembangunan Milenium, perubahan iklim yang melampau, keselamatan tenaga dan pekerja yang berhijrah.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata kerjasama kerajaan dengan CSO adalah perlu bagi mencapai Komuniti Asean 2015 dan bagi memenuhi keperluan dalam memacu pembangunan insan, melahirkan peluang pekerjaan dan penjagaan kesihatan, yang nyata sekali penting kepada rantau ini.

Semasa mesyuarat itu, para pemimpin Asean juga membangkitkan mengenai kepentingan pertemuan antara CSO dan kerajaan-kerajaan Asean dalam usaha untuk mereaslisasikan matlamat Asean yang berpaksikan rakyat.

Ia dihadiri lebih daripada 1,300 wakil CSO yang sebelum ini telah menyertai Persidangan Masyarakat Sivil Asean dan Forum Rakyat Asean di sini, pada 3 hingga 5 Mei. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan