MB Kedah Mahu Kementerian Sendiri Rayu Selesai Isu Rebat Tanah UUM

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju menimbang rayuan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia, (UUM) jika Kementerian Pengajian Tinggi bertemu sendiri dengan beliau.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno Kedah Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata perkara tersebut disampaikan kepada beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar pada Isnin.

"Saya akan melakukan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin agar rayuan ini dapat dipercepatkan dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah ini," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata Azizan telah menerima surat rayuan UUM itu dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk pertimbangan, namun permohonan tersebut ditolak.

"Ini kerana permintaan selama lima tahun yang dibuat universiti itu akan mengurangkan pendapatan kerajaan negeri hampir RM8 juta setahun," katanya.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, Abdul Aziz berkata Azizan bersetuju perkara berkenaan dibincangkan pada mesyuarat kerajaan negeri dan PTG dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Terdahulu, Abdul Aziz menyerahkan surat rayuan Badan Perhubungan Umno Kedah kepada Azizan untuk dipertimbangkan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rebat tanah UUM itu.

Sebelum ini rayuan UUM untuk menyambung semua rebat cukai tanahnya ditolak oleh PTG negeri menyebabkan pihak universiti itu terpaksa membayar cukai tanah sebanyak RM1.74 juta setahun berbanding hanya RM100,000 setahun.

Dalam pertemuan itu, Abdul Aziz juga memohon kepada kerajaan negeri supaya tidak menyifatkan cukai tanah dari UUM, Universti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan juga Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebagai punca pendapatan kerajaan negeri.

"Kita tahu kerajaan negeri menghadapi kekangan sumber kewangan untuk menguruskan negeri tetapi mereka perlu mencari sumber pendapatan lain bagi memastikan mempunyai dana yang cukup bagi mengurus kerajaan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan