Masalah Keciciran Dikalangan Anak Orang Asli Membimbangkan - Shafie Apdal

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu keciciran pelajaran melibatkan anak-anak Orang Asli kian membimbangkan dengan kira-kira 2,264 orang tidak menghabiskan persekolahan mereka sehingga ke Tingkatan Lima disebabkan pelbagai faktor.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah itu 1,270 orang merupakan mereka yang bersekolah hanya hingga darjah enam manakala 994 orang lagi tidak menghabiskan persekolahan sekolah menengah.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah itu kerana pendidikan merupakan aspek penting dalam kehidupan untuk mereka memajukan diri pada masa hadapan.

"Isu keciciran ini kita pandang serius, dan kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mengatasi masalah ini yang dilihat membimbangkan berdasarkan rekod yang ada," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli 2010 di sini, Isnin.

Beliau berkata kementerian itu juga akan sentiasa memberi bantuan dan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan untuk memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik bukan sahaja di peringkat persekolahan tetapi juga di peringkat universiti.

"Kita akan terus beri bantuan dan sokongan terutamanya dari segi kewangan dan biasiswa, kita nak tingkatkan kecemerlangan mereka ini, kita ada pelajar SPM dari keluarga Orang Asli yang mendapat 10A dan kita perlu teruskan.

"Kita juga hendak meningkat jumlah pelajar yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, tahun lalu kita sudah menghantar enam orang dan tahun ini kita mahu menghantar lapan orang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jurusan," katanya.

Shafie berkata semua usaha itu juga akan diteruskan sehingga anak Orang Asli lepasan universiti mampu mendapat pekerjaan dan menyara kehidupan mereka.

Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kepada 129 pelajar Orang Asli cemerlang seluruh negara dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Setiap seorang menerima wang tunai mengikut pencapaian masing-masing dan sijil penghargaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan