Cadangan Pemberian Elaun Dan Insurans Kepada Anggota Bomba Sukarela

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang untuk memberi elaun bertugas dan perlindungan insurans kepada anggota bomba sukarela mulai tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata cadangan pemberian elaun itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat setelah kajian mengenainya kini diperingkat akhir.

"Kertas kerja berhubung cadangan itu telah siap dan akan dihantar dalam tempoh terdekat dan saya percaya ini akan meningkatkan lagi prestasi anggota bomba sukarela," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan dan peralatan kebombaan kepada Pasukan Bomba Sukarela Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Lajim berkata kerajaan juga merancang menaik taraf pasukan bomba sukarela kepada bomba bantuan sejajar dengan cabaran dan keperluan pembangunan negara.

Beliau berkata rancangan menaik taraf pasukan bomba sukarela termasuk untuk mempertingkatkan kecekapan mereka dari segi teknikal, keseragaman dan kualiti. "Bagi memperkasakan bomba sukarela, kerajaan bukan sahaja memberi bantuan kenderaan dan peralatan, malah mereka juga diberi latihan secukupnya seperti anggota sebenar agar dapat membantu anggota bomba dan penyelamat di kawasan masing-masing," katanya.

Lajim berkata terdapat 332 pasukan bomba sukarela dengan keahlian 13,935 sukarelawan di seluruh negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan