Cadangan Akta Profesion Perhubungan Raya tawar Gaji Lebih Baik

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengamal Perhubungan Awam (PR)di sektor awam dan swasta di Malaysia bakal menikmati pakej gaji lebih baik dan kompetitif sebaik sahaja cadangan Akta Profesion Perhubungan Raya dikuatkuasakan.

Presiden Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) Profesor Datuk Mohamad Hamdan Adnan berkata pengamal PR akan setaraf dengan sektor profesional lain seperti doktor, peguam dan arkitek kerana akta yang dicadangkan itu akan memberikan pengiktirafan profesional terhadap mereka yang terbabit dalam industri itu.

"Pada ketika ini tanpa sebarang undang-undang spesifik mengenai pengamal PR, agak sukar untuk memberikan pengiktirafan dan akreditasi sewajarnya," katanya pada program jerayawara mengenai cadangan Akta Profesion Perhubungan Raya di sini Isnin.

Hamdan berkata akta itu akan menggariskan hala tuju dan garis panduan jelas mengenai industri PR untuk memenuhi keperluan profesion PR.

"Kini industri PR amat diperlukan berikutan setiap organisasi sama ada dalam sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggaji pegawai PR mereka sendiri untuk meningkatkan imej mereka," katanya.

Beliau mencadangkan pengamal PR di Sarawak dan Sabah menjalankan kajian kes untuk membolehkan mereka memberikan input bernilai dalam perumusan akta itu.

"Ia juga akan meningkatkan imej industri PR di kedua-dua negeri kerana input daripada kajian itu boleh digunakan untuk memahami keperluan pasaran masa kini," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Maklumat Strategik) Datuk Poziah Abdul Rahman berkata penggubalan akta yang dicadangkan itu diketuai Penasihat Undang-undang, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Sarawak ialah lokasi ke-11 daripada 15 negeri di seluruh negara bagi program jerayawara ini dengan program di empat lagi negeri akan diadakan secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata berdasarkan statistik IPRM, kini terdapat 20,000 pengamal PR di seluruh negara.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan