Pembangkang Pecah Tembelang - Awang Tengah

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Tembelang parti-parti pembangkang yang kononnya mereka bersepakat mula terbongkar apabila pertelingkahan mereka kini semakin diketahui umum, kata Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Awang Tengah Ali Hasan di sini Ahad.

Beliau berkata perpecahan yang berlaku di antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menunjukkan mereka sebenarnya tidak mempunyai persefahaman langsung.

"Mereka ini hanya cuba untuk memanipulasi satu sama lain demi untuk mencapai ideologi politik masing-masing. Bagaimana nak memerintah kalau belum apa-apa lagi sudah bercakaran sesama sendiri," katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri di pekan Bekenu, kira-kira 53 kilometer dari sini.

Pertelagahan terbaru di antara parti-parti pembangkang di negeri ini menyebabkan SNAP bertindak untuk keluar dari pakatan pembangkang setelah merasakan mereka tidak lagi diperlukan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan