Mubarak Ikrar Bantu BN Dalam PRU

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) telah berikrar untuk membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan setiap dasar dan program kerajaan sekarang dilaksanakan dengan jayanya.

Ikrar tersebut terkandung dalam satu usul yang diluluskan di akhir Perhimpunan Agung kelapan Mubarak di sini malam tadi.

Sambil merakamkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, usul tersebut juga menggesa rakyat supaya terus menyokong kerajaan sedia ada demi untuk kesejahteraan bersama.

Majlis itu menegaskan bahawa sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 ketika suasana politik tempatan tidak menentu, pentadbiran kerajaan kelihatan kucar kacir dan rakyat berada dalam keadaan gelisah, Najib telah memperkenalkan pelbagai dasar serta inisiatif baru untuk memulihkan semula keyakinan rakyat.

Antara dasar dan inisiatif tersebut yang tujuannya khusus untuk melonjakkan proses pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020, termasuklah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan serta Transformasi Ekonomi dan Transformasi Politik.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara itu juga meluluskan penubuhan Gabungan Koperasi Mubarak Malaysia dan cadangan penubuhan Bank Koperasi Mubarak untuk meningkatkan ekonomi anggotanya.

Sebelum itu, persidangan tersebut telah memilih anggota majlis tertinggi yang baru bagi penggal 2011-2013.

Mereka ialah Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dari Pahang sebagai Presiden, Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin (Melaka) sebagai Timbalan Presiden dan lima orang lagi Naib Presiden yang terdiri daripada Tan Sri Zaleha Ismail (Selangor), Datuk Wira Othman Abdul (Kedah), Datuk Dr Ong Hean Tee (Pulau Pinang), Datuk Yussoff Abd Manan (Sabah) dan seorang lagi dari Sarawak yang akan dipilih kemudian setelah negeri itu menubuhkan Mubarak cawangannya.

Seramai 24 orang lagi anggota Majlis Tertinggi dinamakan oleh Mubarak negeri dengan setiap negeri diwakili oleh dua orang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan