Malaysia Tawar Diri Jadi Tuan Rumah ASEMME 2013

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COPENHAGEN: Malaysia menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME) pada 2013, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata Malaysia telah menyampaikan hasrat untuk mengadakan persidangan itu di Kuala Lumpur ketika mesyuarat persiapan ASEMME pada Januari.

Status tawaran Malaysia itu akan diketahui pada persidangan ASEMME kali ini yang berlangsung di ibu negara Denmark, katanya kepada wartawan Malaysia pada Sabtu selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut di Denmark.

Khaled berada di sini bagi menghadiri ASEMME kali ketiga itu. ASEMME, yang menghimpunkan pembuat dasar dan keputusan dalam bidang pendidikan dari Asia dan Eropah, diadakan dua tahun sekali.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dijadualkan tiba di Copenhagen Ahad, akan berucap pada sesi plenari ASEMME ketiga itu pada Isnin.

Mohamed Khaled berkata antara perkara yang akan dibincangkan pada ASEMME yang berlangsung di Axelborg Hall itu adalah mengenai jaminan kualiti dan pengiktiran pengajian tinggi di Asia dan Eropah, soal penglibatan industri dan akademia, soal mengimbangi mobiliti pelajar dan pembelajaran sepanjang hayat.

Katanya perkara-perkara yang bakal dibincangkan pada persidangan itu adalah isu-isu yang sentiasa diberi perhatian oleh Malaysia.

"Ia merupakan perkara-perkara yang tidak boleh dielak dalam pengajian tinggi terutama dalam dunia berasaskan pengetahuan dan terutamanya apabila negara yang beralih kepada ekonomi berasaskan inovasi," katanya.

Mohamed Khaled juga berkata penyertaan Malaysia ke ASEMME itu memberi peluang kepada negara untuk melihat kepakaran Eropah dan berkongsi pengalaman dan pendekatan mereka untuk dimanfaatkan serta menjalin kerjasama.

"Dalam zaman pengetahuan, kita bukan sahaja bersaing tapi kita juga bekerjasama. Kita kenalpasti kepakaran, kekuatan sesuatu negara. Asas daripada itu kita bekerjasama. Pokoknya dalam zaman ilmu, macam mana kita boleh dapat ilmu dari sesebuah negara dan universiti, bagaimana kita dapat kongsi pengalaman itu untuk dimanfaatkan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan