Umno Kelantan Akan Bantu Yayasan Sultan Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Badan Perhubungan Umno Kelantan menyokong penubuhan Yayasan Sultan Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan akan berusaha mencari dana untuk yayasan itu.

Timbalan pengerusinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Umno mengalu-alukan penubuhan dana berkenaan bagi meringankan penderitaan ramai rakyat yang memerlukan bantuan.

Yayasan itu yang akan dilancarkan oleh Sultan Kelantan pada majlis makan malam di Kuala Lumpur malam ini bertujuan membantu rakyat miskin di negeri itu.

"Umno Kelantan berdiri teguh di belakang Tuanku dan akan membantu dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Bachok di sini, Sabtu.

Beliau mengulas pengumuman Sultan Kelantan mengenai menubuhkan yayasan itu dan mensasarkan dana permulaan RM5 juta dalam usaha membantu golongan kurang mampu menikmati kehidupan lebih sempurna. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan