Sahut Cabaran MBE Dengan Ubah Sikap, Minda Dan Cara Bekerja - Subramaniam

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan pekerja disaran menyahut cabaran untuk mengubah sikap, minda dan cara bekerja bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia tidak terlepas daripada proses transformasi yang menuntut negara sentiasa kompetitif.

"Kita memerlukan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak, khususnya warga pekerja untuk menjayakan MBE seterusnya melakukan perubahan yang positif terhadap ekonomi negara.

"Justeru, dalam usaha menyahut cabaran ini warga pekerja yang merupakan aset utama negara perlu digilap sebagai nadi penggerak dalam menghadapi perubahan arus pembangunan dan pemodenan ekonomi," katanya pada sambutan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Sabtu.

Majlis sambutan yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam Datuk Omar Osman.

Sambutan kali ini bertemakan "Pekerja Merealisasi Transformasi Negara".

Subramaniam berkata warga pekerja mesti mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus memperbaiki prestasi dan meningkatkan produktiviti melalui kemahiran yang tinggi, kerja yang berkualiti, berintegriti, proaktif, berinovatif dan kreatif yang merupakan ciri penting dalam merealisasikan matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

"Bagi mencerminkan harapan besar negara terhadap warga pekerja, pemilihan tema ini diharap dapat menjadi aspirasi kepada seluruh warga pekerja untuk merealisasikan transformasi negara," katanya.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi yang positif akan meningkatkan lagi permintaan terhadap kemahiran dan kepakaran teknologi serta tenaga buruh yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi.

Kira-kira 12,000 warga kerja terdiri daripada 100 kontinjen mewakili sektor awam, 70 swasta serta Orang Kelainan Upaya menyertai sambutan itu.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan 10 anugerah khidmat cemerlang meliputi Anugerah Pekerja Cemerlang 2011 Kumpulan Eksekutif , Kumpulan Bukan Eksekutif dan Kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Anugerah lain ialah anugerah Majikan Perihatin bagi syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana, Ladang Bahagia, Kesatuan Sekerja Contoh untuk sektor awam dan swasta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan