Puteri Umno Sokong Cadangan 50 Peratus Kuota Calon BN Di Kalangan 'Orang Muda'

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Puteri Umno menyokong penuh cadangan 50 peratus daripada calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang terdiri daripada golongan muda.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata ini kerana 70 peratus daripada pengundi pada pilihan raya umum akan datang berusia 45 tahun ke bawah.

Menyifatkan golongan pengundi itu kemungkinan besar akan mengundi calon dalam kumpulan umur mereka, beliau berkata kumpulan itulah yang menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan itu dibuat oleh ketua bahagian Umno Kota Kinabalu Datuk Faisyal YH Diego pada mesyuarat perwakilan Puteri Umno bahagian di sini hari ini.

Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan meminta anggota Puteri memberi keutamaan dalam membantu persiapan BN pada pilihan raya umum ke-13 dengan menarik sokongan pengundi muda.

"Jika pada masa lepas pendekatan kita adalah secara konvensional dan 'touch and go', ia tidak lagi boleh dilakukan. Generasi muda kini terdedah kepada media baru di mana semua maklumat boleh diakses di hujung jari dan berkomunikasi melalui laman-laman sosial seperti facebook, Twitter dan blog.

"Jadi senario politik kini juga berbeza. Pendekatan kita sekarang sepatutnya 'touch and stay'. Isu utama yang kritikal di kalangan generasi muda sekarang ialah peluang pekerjaan dan ekonomi. Peranan anda ialah untuk menyediakan penawarnya," katanya.

Rosnah berkata Puteri boleh menganjurkan program seperti seminar berkaitan kerja dan peluang ekonomi, selain menyediakan landasan untuk kumpulan sasar itu mencapainya.

Untuk itu, beliau menggesa anggota Puteri daripada akar umbi agar mempunyai akaun facebook, Twitter dan blog sebagai alat untuk mendekati kumpulan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan