Pengundian Bagi Pilihan Raya Singapura Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pengundian bagi pilihan raya umum Singapura ditutup selepas 8 malam ini.

Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura, setakat jam 5 petang ini, kira-kira 1.8 juta penduduk republik berkenaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di 782 pusat pengundian.

Pada sebelah tengah hari, lebih satu juta atau 47.36 peratus kertas undi telah dikeluarkan.

Enam parti pembangkang meletakkan calon dalam pilihan raya umum 2011 itu untuk menentang calon parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Parti itu adalah Parti Reformasi (RP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan Parti Pekerja (WP).

Sejumlah 82 daripada 87 kerusi menyaksikan pertandingan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan