Pendidikan Bertaraf Dunia Jika Pelajar Mampu Guna Kaedah Baru - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Sistem pendidikan negara akan dianggap bertaraf dunia apabila berjaya melahirkan pelajar yang mampu menggunakan pendekatan baru dalam menuntut ilmu dan tidak hanya bergantung kepada kaedah pembelajaran biasa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata matlamat itu boleh dilakukan menerusi transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan, antaranya meliputi pendekatan menumpukan pembukaan minda pelajar supaya mereka lebih kreatif dan inovatif.

"Apabila sistem persekolahan biasa dapat dimantapkan menerusi program transformasi pendidikan, sejajar dengan matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi, kita berharap dapat melahirkan pelajar yang boleh berfikir sendiri, dan itu adalah ciri sistem pendidikan bertaraf dunia," katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum, Kokurikulum dan Kesahsiahan (3K) 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh (STARS) di sini, Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu memerlukan komitmen tinggi dan kerjasama semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, guru serta pihak berkaitan dengan sistem pendidikan negara.

Katanya pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara dan ini amat jelas kerana 26 peratus daripada bajet tahunan diperuntukkan untuk meningkatkan sistem pendidikan.

"Pada tahun ini sahaja, sebanyak RM29.3 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran untuk belanja mengurus dan pengoperasian serta RM6.4 bilion bagi tujuan prasarana sekolah di seluruh negara," katanya.

Muhyiddin berkata sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan baru dijana melalui ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahiran untuk mengisi semua bidang pembangunan yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata pendidikan prasekolah juga dianggap penting dan ia merupakan antara bidang keutamaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan.

Dalam tempoh dua tahun lagi, katanya jumlah kanak-kanak memasuki sistem pendidikan prasekolah akan meningkat kepada 87 peratus dan lebih banyak premis untuk prasekolah perlu dibina.

Beliau berkata kerajaan bersedia memberi modal tambahan sebanyak RM10,000 sebagai galakan kepada pihak swasta bagi membangunkan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran prasekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan