Menjadi Wanita Pertama Bukan Keistimewaan Tetapi Satu Tanggungjawab - Rosmah

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ISTANBUL: Menjadi Wanita Pertama bukannya hak istimewa tetapi ia adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang wanita, kata isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata ia termasuk tanggungjawab terhadap masyarakat, negara dan keluarga terutama dalam memberi sokongan kepada suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa sibuk dengan tugas harian sebagai Perdana Menteri.

"Tiada garis panduan untuk menjadi Wanita Pertama. Tetapi saya mengambil contoh Wanita Pertama sebelum ini -- apa yang mereka lakukan, tanggungjawab yang mereka jalankan untuk rakyat. Apabila suami saya seorang menteri saya hanya pengikut kepada pemimpin...apa yang dilakukan isteri perdana menteri, saya ikut.

"Saya bernasib baik kerana kami, di Malaysia mempunyai persatuan isteri menteri dan timbalan menteri yang diketuai isteri perdana menteri dan isteri timbalan perdana menteri sebagai timbalan presiden. Saya banyak belajar daripada persatuan itu," katanya kepada 1,000 peserta Froum Wanita Pertama sempena Sidang Kemuncak Global Wanita 2011 di sini.

Selain Rosmah, turut menjadi panel ialah Wanita Pertama Namibia Penehupifo Pohamba dan froum itu dikendalikan oleh Editor Eksekutif International Herald Tribune (France) Alison Smale sebagai moderator.

Rosmah berkata peranan Wanita Pertama kini berbeza daripada 20 tahun lepas di mana ketika itu mereka hanya menemani suami menghadiri majlis rasmi.

"Secara beransur-ansur ia berubah memandangkan kini ramai di kalangan wanita adalah berpendidikan dan berada di barisan hadapan. Saya perlu menjadi sangat aktif dan menunjukkan kebolehan saya kerana wanita memerlukan pemimpin untuk menyokong mereka," katanya.

Rosmah, yang juga penaung program Permata Negara, berkongsi pengalaman kejayaannya dalam program pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan telah menubuhkan 600 pusat Permata di seluruh negara.

"Ada masanya, saya perlu mengikut suami melawat kawasan pedalaman, jadi saya boleh mempunyai program saya sendiri untuk melawat dan melihat kemajuan program Permata di kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Pohamba turut sependapat bahawa menjadi Wanita Pertama tidak banyak istimewanya dan beliau mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan beliau menjadi contoh yang baik kepada wanita di negaranya.

Pohamba, yang merupakan pengasas dan penaung 'Organization for the Empowerment of Widows/Widowers and Orphans of HIV and AIDS' di Namibia (OEWONA), berkata idea untuk menubuhkan persatuan itu bermula akhir tahun 2003 bagi mewujudkan pertubuhan kebajikan untuk memberi pengetahuan dan skil melalui pelbagai latihan berdasarkan projek pilihan dan minat dalam usaha menjana pendapatan yang akan membolehkan mereka meningkatkan kehidupan.

"Saya mendapat ilham itu ketika saya melihat seorang wanita mengandung dan tidak mempunyai suami dan saya fikir seseorang sepatutnya membantu wanita muda itu," katanya.

Beliau turut berkongsi dasar kerajaan Namibia mnengenai pendidikan iaitu kanak-kanak di negara itu wajib ke sekolah, berbeza dengan sebelum ini iaitu kanak-kanak terutama perempuan tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Sementara itu, kedua-dua Wanita Pertama itu bersetuju bahawa wanita di dunia telah berubah dan semakin cepat dalam meningkatkan diri mereka dalam era globalisasi yang kebanyakannya dikuasai oleh lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan