Malaysia, Australia Umum Kesepakatan Baru Tangani Soal Pemindahan Pemohon Suaka

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia dan migrasi secara haram di rantau Asia Pasifik, Malaysia dan Australia hari ini mengumumkan satu tatacara tindakan dua hala baru, yang antara lain menampilkan satu perjanjian untuk bekerjasama dalam memindahkan kumpulan pemohon suaka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua kerajaan, kedua-dua pihak berkata di bawah tatacara baru itu, pemohon suaka yang tiba menerusi laut di Australia akan dipindahkan ke Malaysia.

Sebagai balasan Australia akan meningkatkan program kemanusiaan di samping mengambil tanggungjawab lebih besar dalam berkongsi beban untuk usaha penempatan semula pelarian yang ketika ini berada di Malaysia, menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri kedua-dua negara bersetuju supaya unsur penting tatacara itu akan merangkumi pemindahan 800 pendatang yang tiba secara tidak sah, yang sampai di Australia selepas tarikh berkuatkuasa tatacara itu, ke Malaysia, untuk menentukan status pelarian.

"Sebagai balasan dalam tempoh empat tahun, Australia akan memindahkan 4,000 pelarian yang ketika ini berada di Malaysia," menurut kenyataan itu.

"Mereka yang dipindahkan ini akan diberi peluang agar permohonan suaka mereka ditimbangkan, dan mereka yang memerlukan perlindungan antarabangsa tidak akan ditindas," katanya.

Kedua-dua kerajaan turut berikrar untuk melayan mereka yang dipindahkan itu "dengan bermaruah dan hormat, selaras dengan standard hak asasi manusia".

Australia akan membiayai sepenuhnya tatacara itu, tambahnya.

Pemimpin kedua-dua negara berkata perjanjian dua hala yang ditandatangani mereka adalah sebahagian daripada Kerangka kerja Kerjasama Serantau yang dipersetujui di Persidangan Proses Bali Peringkat Menteri, di Bali Indonesia pada 30 Mac lepas.

Mereka berkata kedua-dua negara sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Tinggi Mengenai Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) bagi melaksanakan tatacara itu.

Perdana Menteri kedua-dua negara sepakat bahawa persekitaran migrasi haram yang kompleks, yang menurut mereka berkait rapat dengan jenayah pemerdagangan dan penyeludupan manusia; tidak boleh diselesaikan dengan tindakan secara sendiri, tapi perlu "ditangani oleh negara-negara yang membentuk tatacara kerjasama di bawah naungan kerangka kerja serantau dan antarabangsa".

Pelaksanaan projek pertama 'one-off' ini adalah penting "untuk membanteras model perdagangan sindiket jenayah merentasi sempadan" terutama dalam aspek pemerdagangan dan penyeludupan manusia di rantau ini.

Kerajaan Malaysia dan Australia meminta pegawai kanan masing-masing membuat semakan terakhir memorandum persefahaman tidak lama lagi untuk menyenaraikan tatacara yang lebih terperinci, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan