Kos Haji Kekal, Bilik Lebih Besar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jemaah haji Malaysia akan menikmati ruang bilik lebih luas dengan kos tambang setiap seorang dikekalkan sebanyak RM9,980.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada jemaah yang akan menunaikan haji di Mekah pada hujung tahun ini.

"Jika sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menetapkan 3.5 meter persegi bagi keluasan bilik untuk seorang jemaah. Namun pada ibadat haji akan datang, ruang bilik ditingkatkan kepada 4 meter persegi," katanya pada sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Jumaat.

Meskipun ruang bilik ditingkatkan, Jamil Khir berkata, kerajaan tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk ruang penginapan yang lebih selesa itu, sebaliknya kos tambang bagi setiap jemaah masih kekal seperti tahun lalu.

Menurutnya, kos sebenar yang diperuntukkan selepas penambahbaikan itu mencecah hampir RM14,000 bagi setiap jemaah tetapi bakinya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Jemaah di negara kita amat bertuah kerana dapat menunaikan ibadat haji dengan harga terendah berbanding negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei. Kita sudahpun memilih bangunan yang akan disewa nanti bagi kemudahan jemaah," jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi turut menaiktaraf bangunan dan kemudahan asas termasuk sistem transit aliran ringan (LRT) di negara tersebut bagi memudahkan pergerakan jemaah haji.

Jamil Khir tiba dari Arab Saudi selepas menghadiri mesyuarat haji di Mekah selama tiga hari untuk membincangkan persiapan ibadah haji akan datang dari setiap negara.

Dalam mesyuarat itu, beliau berkata, Malaysia diiktiraf sebagai negara contoh oleh kerajaan Arab Saudi dari segi pengurusan dan pentadbiran ibadah haji di seluruh dunia.

Kerajaan Arab Saudi turut menasihati jemaah haji dari seluruh negara untuk mengerjakan tawaf pada hari ke-14 untuk mengatasi masalah kesesakan terutamanya di Masjidil Haram dan kawasan sekitar bandar Mekah.

Sementara itu, beliau turut menyerahkan surat permohonan untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah ketika berada di sana.

"Pada kali ini, kerajaan memohon kuota tambahan seramai 10,000 jemaah daripada jumlah sedia ada iaitu, 26,000 jemaah setiap tahun," jelasnya.

Sehingga hari ini, beliau berkata, sejumlah 693,000 orang masih dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji manakala warga emas adalah seramai 2,000 orang.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan