Kerajaan Kedah Tidak Bijak Tolak Permohonan Rebat Cukai Tanah UUM - Johari Baharom

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS telah mengambil tindakan tidak bijak kerana menolak permohonan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom.

Beliau berkata kerajaan Kedah sewajarnya menyokong usaha UUM untuk mencapai taraf kelas dunia dan menggalakkan perkembangannya untuk menjadi lebih popular.

"Kerajaan Kedah sebaliknya mengambil kesempatan untuk mendapat sedikit keuntungan dari cukai tersebut sebanyak RM1.7 juta," katanya mengulas keputusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah menolak permohonan UUM itu.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Rabu lepas bahawa PTG menolak rayuan UUM dan memberi tempoh sehingga Jun ini kepada universiti itu menjelaskan cukai tersebut. Sebelum ini UUM membayar RM150,000 sahaja.

"Sebagai anggota Parlimen Kubang Pasu, saya amat kesal dengan tindakan kerajaan Kedah kerana mereka mempunyai kuasa eksekutif untuk membatalkan keputusan PTG itu," kata Mohd Johari.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang melakukan lawatan rasmi ke Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di sini, hari ini turut menyentuh isu cukai tanah di Selangor.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri itu juga menolak kepentingan rakyat asalkan keputusan yang dibuat menguntungkan mereka dari segi kewangan.

Menurutnya semasa Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, pembeli tanah cuma perlu membayar harga premium tetapi kerajaan PR Selangor sekarang mengenakan harga pasaran semasa.

"Kerajaan PR Selangor juga mengenakan cukai yang tinggi. Dapat duit mereka bazir untuk kempen menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), buat pemilihan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, membayar peguam bagi membela YB Shuhaimi Shafiei yang didakwa menghina Sultan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan