Keputusan Pilihan Raya Singapura Diumumkan Lewat Malam Sabtu Sehingga Awal Pagi Esok

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keputusan pilihan raya Singapura akan diumumkan lewat malam Sabtu sehingga awal pagi esok, menurut Channel NewsAsia.

Peti undi dari semua pusat pengundian di negara bandar raya ini telah ditutup dengan kemas dan dibawa ke pusat penjumlahan undi, selepas proses pengundian tamat pada 8 malam ini.

Undi akan dikira di hadapan calon dan ejen dari parti politik yang bertanding.

Undi dari Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) terbesar -- Ang Mo Kio, Bishan-Toa Payoh dan GRC yang mendapat saingan paling sengit iaitu Aljunied -- akan dijumlahkan di Sekolah Menengah Deyi, selaku pusat penjumlahan utama.

Setakat 5 petang, kira-kira 1.8 juta atau 83.46 peratus warga Singapura telah melaksanakan tugas sebagai pengundi di 782 pusat pengundian di republik ini, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura.

Menurut jabatan itu, pada sebelah tengah hari, lebih satu juta atau 47.36 peratus kertas undi telah dikeluarkan.

Enam parti pembangkang meletakkan calon dalam pilihan raya umum itu untuk menentang calon parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Parti itu adalah Parti Reformasi (RP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Perpaduan Nasional (NSP) dan Parti Pekerja (WP).

Sejumlah 82 daripada 87 kerusi menyaksikan pertandingan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan