Kecacatan Mata Tidak Halang Mahadzir Jadi Pekerja Cemerlang Kebangsaan 2011

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (OKU) Mahadzir Derani Abdul Ghani (tiga kiri) menerima ucapan tahniah daripada para penerima yang lain selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto BERNAMA
Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (OKU) Mahadzir Derani Abdul Ghani (tiga kiri) menerima ucapan tahniah daripada para penerima yang lain selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Meskipun menghadapi penglihatan terhad sejak dilahirkan, kecacatan itu tidak menghalang Mahadzir Derani yang kini berusia 40 tahun untuk berjaya dalam kerjayanya.

Beliau merupakan pekerja di Bank Pembangunan di sini dan mula berkhidmat sebagai kerani rendah sejak 1992 dan sehingga kini telah dinaikkan pangkat menjadi Operator Telefon.

Tekad kesungguhan dan kecemerlangan dalam kerjanya beliau telah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2011 (Kumpulan Orang Kelainan Upaya). Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sambutan Hari Pekerja 2011 di sini, Sabtu.

Selain seorang pekerja cemerlang, Mahadzir juga cemerlang dalam sukan dan rekreasi di mana beliau juga pernah menjuarai pelbagai pertandingan catur di dalam dan luar negeri.

Antaranya mewakili Malaysia pada Sukan Para Asean ke-4 di Korat, Thailand pada 2008 dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Catur Peringkat Asia di Mumbai, India pada 2003.

Beliau yang tinggal di Rawang juga presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perdagangan (NUCW) Bank Pembangunan Malaysia Berhad selama dua penggal sejak 2006.

Ketika ditemui wartawan, Mahadzir yang bersyukur dengan penganugerahan itu memberitahu bahawa beliau tidak melihat kecacatannya sebagai penghalang dalam hidup.

"Saya tidak anggap saya OKU, apa yang boleh dilakukan oleh orang upaya, saya sentiasa berusaha untuk melakukannya seperti mana yang dapat dilakukan orang upaya.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Bank Pembangunan yang telah banyak membantu saya seperti menyediakan komputer bercakap untuk memudahkan kerja saya," katanya.

Seorang lagi penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (Kumpulan Eksekutif), Pawziah Yunos, ialah Penolong Pengurus Bahagian Operasi Rangkaian Kawasan Selatan di Telekom Malaysia Berhad.

Katanya keinginan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya menjadi pendorong utama untuknya sentiasa melaksanakan kerja dengan cemerlang.

Sementara itu, Panasonic HA Air-Conditioning (M) Sdn Bhd (PHAAM) telah menerima Anugerah Majikan Berdaya Saing 2011 (Syarikat Besar).

Pengurus Besarnya J. Palaniappan berkata bagi menggalakkan pekerja menghasilkan produktiviti yang tinggi, PHAAM melaksanakan 'Performance Link Wage System' dan semua pekerja akan dinilai berdasarkan prinsip 'High Performance High Rewards' (Prestasi Tinggi Pendapatan Tinggi), dan mengekalkan hubungan baik antara pekerja dan majikan.

"Bagi memastikan pekerja berdaya saing, syarikat juga menyediakan secara purata 60 jam untuk melatih setiap pekerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan