Kaum Ibu Perlu Aktif Dalam Komuniti Elak Sindrom "Empty Nest" - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para ibu terutamanya yang tidak lagi mempunyai anak yang tinggal bersama disaran supaya terus bergiat aktif dalam komuniti demi kesejahteraan diri serta mengelak daripada dilanda sindrom "Empty Nest".

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sindrom itu boleh berlaku terutamanya di kalangan wanita bergelar ibu kerana kesedihan dan kemurungan akibat sunyi ditinggalkan anak-anak yang memulakan kehidupan baru, sama ada untuk melanjutkan pelajaran, keluar bekerja atau berkahwin.

"Respons psikologikal yang normal terhadap perubahan atau transisi kehidupan yang dilalui oleh seseorang ahli keluarga bukan suatu halangan bagi ibu-ibu menikmati kehidupan produktif atau bermakna," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Kementerian Kesihatan 2006 mendapati masalah mental adalah lebih relevan di kalangan wanita iaitu sebanyak 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus).

Menurutnya kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pula mendapati 41 peratus daripada ibu dan bapa yang berumur 60 tahun ke atas mengalami kesunyian.

Beliau berkata kaum ibu yang berusia lewat 40-an dan 50-an lazimnya mengalami perasaan yang bercampur aduk antara kekosongan, kesedihan dan kerisauan berbanding kaum bapa kerana ikatan yang kuat di antara ibu dan anak.

Justeru Shahrizat menyeru anggota keluarga terutamanya anak-anak agar sentiasa menghubungi ibu masing-masing walau di mana sahaja mereka berada.

"Dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini sepeti emel, Facebook, Twitter dan khidmat pesanan ringkas (SMS), tiada alasan bagi mereka untuk tidak sentiasa berhubung di antara satu sama lain. Secara tidak langsung ia membantu kaum ibu mengatasi masalah kesunyian kerana berjauhan dengan keluarga," katanya.

Bagi memeriahkan sambutan Hari Ibu pada tahun ini, Shahrizat berkata kementerian melalui LPPKN akan bekerjasama dengan Balai Seni Lukis Negara untuk mengadakan pertandingan fotografi dan pameran seni rupa bertemakan "Kasihnya Ibu".

Antara aktiviti lain yang diadakan adalah perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada kaum ibu di 56 buah klinik Nursejahtera LPPKN mulai esok hingga 15 Mei.

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan kaunseling keluarga di Pusat Keluarga Bergerak LPPKN 1Malaysia di 6 negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan