IPF Tidak Berhasrat Gabung Dengan MIC

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) pada Sabtu mengulangi pendirian mereka untuk tidak bergabung dengan MIC.

Presidennya, M. Sambanthan bagaimanapun berkata parti itu akan bekerjasama dengan MIC memastikan kemenangan calon Barisan Nasional(BN) dalam mana-mana pilihan raya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk bekas Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mencadangkan agar kedua-dua parti itu bergabung sebagai satu parti bagi memastikan nasib masyarakat India dalam negara lebih terbela.

Sementara itu Sambanthan berkata IPF akan membuat beberapa pindaan kepada perlembagaan parti pada mesyuarat agung tahunannya yang ke-19 yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

"Antara yang mungkin akan dipinda ialah meningkatkan tempoh penggal Presiden memegang jawatan, iaitu daripada tempoh dua tahun untuk satu penggal ketika ini, kepada tempoh tiga tahun untuk satu penggal," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pindaan itu selaras dengan perkembangan semasa, dalam usaha memastikan IPF relevan kepada perjuangan kaum India. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan