DAP Bebas Bersikap Perkauman Kerana Dibela PAS dan PKR - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Parti DAP bebas memainkan politik perkauman kerana menyedari tindakan tidak bertanggungjawabnya itu akan dibela oleh rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa mempertahankan DAP walaupun parti terbabit secara terang-terangan bersikap perkauman di dalam setiap isu yang diperjuangkannya.

"DAP mempergunakan rakan-rakannya, Pas dan PKR untuk menyembunyikan perjuangan partinya yang bersikap perkauman. Setiap kali dia (DAP) bersikap perkauman, Pas dan PKR sentiasa akan mempertahankan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Batu Pahat di sini, Sabtu.

DAP, katanya, boleh diibaratkan sebagai mempunyai 'imuniti' untuk bersikap perkauman dalam isu politik serta agama kerana ia dibenarkan untuk berbuat demikian oleh Pas dan PKR.

Beliau berkata, DAP tidak pernah memperjuangkan isu sekolah kebangsaan di Parlimen tetapi hanya berminat mengutarakan isu-isu berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pas dan PKR pula, katanya, dipergunakan oleh DAP untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ia merupakan sebuah parti berbilang kaum, walaupun secara dasar ia adalah tidak benar.

Beliau berkata, DAP telah berjaya mempergunakan rakan-rakannya di dalam PR untuk keuntungan politiknya sendiri dan ini telah pun terbukti di dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan lepas, DAP memperoleh 12 kerusi, paling banyak antara parti pembangkang, diikuti oleh PKR dengan tiga kerusi, manakala Pas gagal memenangi sebarang kerusi.

"Adalah amat jelas, pihak yang paling untung di dalam pakatan pembangkang adalah DAP," katanya sambil menambah, DAP mempergunakan Pas dan PKR untuk menyembunyikan imej perkaumannya.

Mengenai pertikaian yang berlaku di dalam pakatan itu berhubung pembahagian portfoli kabinet bayangan Sarawak, Mohd Puad berkata, ia membuktikan kepada rakyat bahawa parti-parti dalam pakatan itu adalah "lapar kuasa."

"Walaupun hanya berebutkan bayang-bayang, tetapi DAP, Pas dan PKR tetap bertikai dan ini hanya menunjukkan sikap sebenar mereka yang lapar kuasa. Mereka bergaduh kerana berebutkan bayangan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan