BN Yakin Rampas Kembali Kerusi Parlimen Di WP Yang Terlepas Kepada Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali enam kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan (WP) daripada pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan pengundi yang meningkat di beberapa pilihan raya kecil yang berlaku sebelum ini, terutamanya sokongan daripada pengundi kaum India.

"Saya diberitahu oleh presiden (Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri bahawa dalam pilihan raya kecil pada tahun ini, peratusan kaum India yang menyokong BN melebihi kaum lain iaitu hampir 80 peratus.

"Peluang untuk rampas balik kerusi itu cerahlah, yang penting kekuatan parti-parti komponen itu sendiri perlu bersatu padu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Batu di sini, Sabtu.

Dalam pilihan raya umum lepas, BN hanya dapat mengekalkan kerusi Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan manakala kerusi Batu, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Segambut dirampas oleh parti pembangkang.

Empat lagi kerusi iaitu Cheras, Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang merupakan kubu kuat DAP.

Raja Nong Chik berkata perubahan sokongan yang sedang berlaku sekarang bagaimanapun, tidak patut membuat semua pemimpin berasa selesa.

Malahan beliau menggesa semua pemimpin dari peringkat akar umbi supaya bekerja lebih keras dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua pengundi tanpa mengira latar belakang politik.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengumumkan keputusan kerajaan menubuhkan Majlis Perwakilan Wilayah Persekutuan sebagai jambatan antara kerajaan dengan pemimpin masyarakat setempat.

"Tujuan utama majlis perwakilan itu ialah supaya mereka dapat menyampaikan maklum balas mengenai masalah setempat kepada kerajaan secara lebih formal," katanya.

Raja Nong Chik berkata anggota majlis itu akan diumumkan kemudian dan setiap pelantikan adalah untuk tempoh dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan