Sistem Biometrik Di Pintu Masuk Negara Untuk Warga Asing Mulai 1 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sistem biometrik yang digunakan untuk pengesahan keluar masuk warga asing akan dilaksanakan di pintu-pintu masuk utama negara mulai 1 Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, sistem yang menggunakan cap jari itu dapat menyimpan data warga asing dan boleh memaklumkan sekiranya terdapat pemalsuan dokumen perjalanan serta mereka yang bermasalah seperti mempunyai rekod jenayah.

"Sebanyak 96 lokasi sudah dikenal pasti untuk pelaksanaan sistem berkenaan di pintu masuk utama melalui udara, darat dan laut.

"Bagaimanapun, sebagai peringkat permulaan ia akan dilaksanakan di 61 lokasi terlebih dahulu dan selebihnya menjelang akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Anugerah Skytrax 2011 kepada Jabatan Imigresen dalam kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia di sini, Jumaat.

Alias berkata, sistem biometrik melibatkan semua warga asing yang keluar masuk di negara ini dan mengecualikan mereka yang berumur 12 tahun ke bawah serta Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan kes tertentu.

Jelasnya, sistem berkenaan kini sedang melalui peringkat ujian dan percubaan.

"Apabila dilaksanakan mulai 1 Jun ini, ia akan menjadikan sistem kemasukan warga asing lebih cekap dan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Alias berkata, Anugerah Skytrax 2011 dalam kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada tahun ini merupakan pengiktirafan untuk khidmat Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi dua tahun berturut-turut.

"Pengiktirafan ini berdasarkan maklum balas daripada 11.38 juta soal selidik melibatkan lebih 100 kewarganegaraan dan 240 lapangan terbang dunia.

"Menjadi yang terbaik (pengiktirafan anugerah selama dua tahun berturut-turut) bukan satu tugas yang berat tetapi bukan juga mustahil untuk dicapai berdasarkan tanggungjawab dan kerja sepasukan," katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Imigresen KLIA, Mohd Zulfikar Ahmad, Pengarah Imigresen Selangor, Mohd Yunus Jamil dan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airport Bhd, Datuk Azmi Murad.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan