ROS akan Jawab Pendaftaran HRP Dalam Masa 14 Hari

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam P.Uthayakumar berjaya dalam percubaan permulaan untuk memaksa Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dua yang lain bagi memberikan keputusan mengenai permohonannya bagi mendaftar Parti Hak Asasi Manusia (HRP) sebagai sebuah parti politik.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf hari ini membenarkan permohonan kebenaran Uthayakumar untuk satu semakan kehakiman bagi ROS, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan ROS cawangan Wilayah Persekutuan untuk melulus dan mendaftar HRP sebagai sebuah parti politik.

Peguam Kanan Persekutuan Suhaila Haron yang mewakili ketiga-tiga responden memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah memberikan 14 hari dari hari ini untuk responden berkenaan menjawab permohonan Uthayakumar bagi mendaftarkan HRP.

Beliau berkata mahkamah telah menetapkan 16 Ogos untuk mendengar merit permohonan semakan kehakiman.

Pada 6 April, Uthayakumar yang mewakili dirinya telah memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman bagi ketiga-tiga responden untuk menjawab permohonannya bagi mendaftarkan HRP.

Dalam permohonan itu, beliau memohon perintah mandamus untuk responden bagi melulus dan mendaftar HRP mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pertubuhan 1966.

Uthayakumar menuntut bahawa beliau telah memohon agar parti itu didaftarkan sejak 2000, yang ketika itu ia dikenali sebagai Parti Reformasi Insan Malaysia, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripadanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan