Kontraktor Melayu Selangor Minta Kerajaan Negeri Telus Beri Tender

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Persatuan Kontraktor Melayu Selangor pada Jumaat menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mengeluarkan tender secara telus tanpa membelakangkan kontraktor kelas F yang dianggap tidak berkemampuan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Melayu Selangor, Latif Wagiman berkata tindakan parti DAP yang didakwanya mempergunakan lesen kontraktor kelas F (khas bumiputera) untuk mengaut keuntungan 90 peratus adalah dianggap satu konsep yang sama sekali tidak boleh diterima.

"Kerajaan yang kononnya dikata kerajaan kebajikan, prihatin ini patut bagilah (tender) secara telus kepada kontraktor kelas F ini. Janganlah ugut kata kalau nak sesuatu tender tu, kena terima 10 peratus sahaja, tapi yang lebih itu (90 peratus) DAP dapat.

"Tolonglah jaga maruah kontraktor kelas F ini, jangan perlekeh kemampuan kita, kita mampu buat kerja masing-masing. Kalau nak bagi, bagi secara ikhlas, jangan dah bagi, ugut, kalau 10 peratus baru boleh dapat kerja, ini cerita apa," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas satu demontrasi bantahan diadakan di hadapan pejabat Anggota Dewan Udangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah di sini.

Bantahan itu diadakan berikutan pendedahan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock (Setiausaha Politik kepada Ean) bahawa kontraktor kelas F yang rapat dengan DAP diberi projek.

Demonstrasi selama sejam yang dihadiri kira-kira 30 wakil kontraktor Selangor itu turut memaparkan beberapa poster yang tertulis "10 peratus kontraktor kelas F, 90 peratus DAP dapat" dan "DAP pengkhianat kontraktor kelas F".

Latif dalam pada itu meminta supaya pihak berwajib yang mengeluarkan lesen kontraktor kelas F supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap kontraktor yang "mengalibabakan" lesen mereka.

"Memang peraturan kontraktor kelas F ini, tak boleh dialibabakan. Kalau buat juga dia akan dibatalkan lesennya secara automatik," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor sepatutnya menolong dan membimbing kontraktor kelas F untuk sama-sama merakyatkan ekonomi Selangor.

"Patutnya lesen kelas F ini dikhususkan kepada kaum bumiputera yang masih kecil dan masih belajar untuk berniaga dalam bidang kontrak. Sepatutnya kerajaan yang dikatakan prihatin ini berilah bimbingan, tunjuk ajar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan