Ketua Pemuda PBB Nafi Wujud Konflik Dalaman

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak menghadapi konflik dalaman seperti yang dilapor portal berita dan akhbar tempatan, kata Ketuanya Datuk Fadillah Yusof.

"Anda orang media patut tahu dan bagi saya memang tidak ada masalah dalam Pemuda PBB," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta PC Pikom 2011, di sini, Jumaat.

Mengenai perpecahan dalam sayap itu, Fadillah berkata perkara tersebut adalah normal dalam mana-mana pertubuhan namun tidak menjejaskan pergerakan terbabit secara keseluruhan.

Akhbar tempatan di sini melaporkan berlaku perpecahan dalam Pemuda PBB selepas Fadillah enggan mengeluarkan kenyataan balas terhadap Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berundur.

Khairy dilapor berkata jika Taib berundur sekarang, BN akan mempunyai peluang yang besar untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meminta pengguna internet di negara ini agar sentiasa melayari laman web www.cybersecurity.my yang menyediakan maklumat terkini mengenai cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber.

"Kes jenayah siber di negara ini semakin meningkat berdasarkan laporan yang dibuat kepada Cybersecurity," katanya.

Namun kata beliau, kementeriannya kini menggiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran pada kalangan pengguna internet termasuk mengadakan kempen di sekolah bagi mengekang aktiviti itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan