E-filing Tidak Akan Diwajibkan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak berhasrat menetapkan sistem e-filing sebagai kaedah mandatori digunakan pembayar cukai di negara ini bagi tujuan taksiran dan pembayaran cukai pendapatan.

Sebaliknya Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim berkata, kaedah itu memberi alternatif lain kepada hampir 4 juta pembayar cukai yang didaftarkan pada tahun ini.

"Pelaksanaan e-filing mendorong pembayar cukai untuk mencuba sistem yang jauh lebih mudah, selamat digunakan dan menjimatkan masa berbanding penyerahan borang cukai menerusi kaedah manual," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menurut Masrun, sejak diperkenalkan pada 2006, jumlah pembayar cukai yang menggunakan sistem e-filing menunjukkan peningkatan positif tahun ini iaitu sebanyak 1.553 juta bagi pembayar individu yang berakhir hujung bulan lalu.

"Jumlah pengguna sistem itu meningkat kepada 186,000 orang berbanding hanya 1.367 juta orang pada tahun lepas. Proses pengiraan cukai yang tepat dan pembayaran semula cukai terlebih bayar yang cepat turut mendorong kepada peningkatan itu," jelasnya.

Masrun berkata, bagi pembayar cukai yang menggunakan sistem e-filing, pembayaran semula cukai terlebih bayar hanya memerlukan masa selama 30 hari manakala pengguna kaedah manual akan memperoleh bayaran semula dalam tempoh 90 hari.

"Penggunaan sistem e-filing dan konvensional masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Ada segelintir individu lebih selesa mengemukakan borang cukai secara manual kerana tidak yakin dengan sistem tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Masrun berkata, masih ada sebilangan pembayar cukai belum menyerahkan Borang BE Tahun Taksiran 2010 walaupun tarikh untuk berbuat demikian ditutup pada 30 April lalu.

"Penyerahan yang lewat masih boleh diterima tetapi pembayar cukai akan dikenakan penalti seperti yang termaktub dalam Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967," tegasnya.

Sementara itu, bagi punca pendapatan perniagaan, Masrun berkata, pembayar cukai boleh mengemukakan borang taksiran cukai mereka sehingga 30 Jun ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan