Demo Sokong Anwar Di Hadapan Masjid Negara

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat.

Kumpulan itu mendakwa mewakili 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), walaupun jumlah yang hadir tidak mencerminkan dakwaan tersebut.

Ia diadakan untuk membantah fitnah terhadap ketua pembangkang itu.

Demonstrasi pimpinan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah, Mohd Azmi Abdul Hamid itu, yang juga presiden sebuah NGO iaitu Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bermula sejurus selesai solat Jumaat.

Peserta demonstrasi dilihat cuba menimbulkan kekecohan apabila enggan menyerahkan kain rentang yang dibawa kepada polis dan mereka juga cuba memasuki pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak di kawasan berhampiran untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Pihak Jawi kemudian membenarkan hanya 10 peserta demonstrasi masuk dan menyerahkan memorandum tersebut, yang diterima Timbalan Pengarah Jawi (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab.

Menurut penganjur, demonstrasi itu adalah bagi membantah sumpah laknat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lepas bagi mempertahankan bahawa pelaku dalam video seks hitam putih yang didedah "Trio Datuk T" sebelum ini adalah Anwar, walaupun dinafikan ketua pembangkang itu.

Selepas itu, Mohd Azmi dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Malaysian People's Solidarity Against State Terrorisme' berdemonstrasi pula di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini serta menyerahkan memorandum bantahan.

Beliau yang bertindak sebagai koordinator kumpulan itu berkata ia bagi mengutuk pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu operasi tentera satu pihak AS di Pakistan pada 2 Mei lepas, yang disifatkan kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Mohd Azmi berkata, kerajaan AS tidak berhak bertindak sedemikian tanpa keizinan kerajaan Pakistan dan negara itu sekali lagi memperlihatkan bahawa ia boleh melakukan pembunuhan tanpa mengira sempadan secara terang-terangan kepada dunia.

"Kami juga marah dengan tindakan pasukan tentera AS yang membuang mayat mangsa ke dalam laut kerana ia jelas menghina seluruh umat Islam," katanya.

Osama yang dilahirkan di Arab Saudi, dilaporkan terbunuh ketika pasukan tentera AS menyerbu sebuah rumah di Abbotabad, dekat Islamabad, Pakistan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan