DAP-PKR Kini Bertelagah Soal Kabinet Bayangan S'wak

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bertelingkah berhubung barisan kabinet bayangan yang diumumkan Ahad lepas.

Dalam laman blognya hari ini, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa "seseorang" dalam biro politik PKR sebagai 'gila kuasa' membantah kerana diberikan portfolio 'junior'.

"Bantahan itu tidak berasas. Memandangkan ia sebuah kabinet bayangan, tiada portfolio kanan atau junior atau lebih penting atau kurang penting.

"Ia hanya menunjukkan bahawa seseorang dalam Biro Politik PKR gila kuasa tanpa mengetahui fungsi sebenar sebuah kabinet bayangan dan tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang tinbul daripada perjumpaan antara DAP dan PKR pada 30 April, 2011," katanya dalam blog http://holeng.dapsarawak.com.

Pakatan pembangkang di Sarawak mengumumkan barisan kabinet bayangan itu, Ahad lepas.

DAP dan PKR berbincang selama sejam barisan kabinet bayangan itu. DAP Sarawak diwakili oleh Wong dan setiausaha parti negeri, Chong Chieng Jen manakala PKR diwakili Naib Presiden kebangsaan Datuk John Tenewi Nuek, Ibi Uding dan setiausaha akhbar ketua parti negeri Bian Baru, Vernon Kedit.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Baru berkata, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan komposisi barisan kabinet bayangan dan berkata ia diumumkan satu pihak sahaja tanpa sebarang perundingan.

Baru berpendapat, barisan kabinet bayangan itu tidak menggambarkan perwakilan yang mencukupi bagi Bumiputera Islam dan bukan Islam.

Bagi membantah kenyataan itu, Wong berkata barisan itu dibincangkan selama sejam dan dua pindaan dibuat kepada portfolio sebelum ia diumumkan dalam sidang akhbar bersama.

"Kita bertukar-tukar pandangan mengenai barisan itu. Kita buat dua pindaan kepada portfolio. Ada dua perundingan penuh dilakukan," katanya.

Beliau berkata, Baru perlu menjelaskan kepada DAP mengenai kenapa beliau menghantar tiga wakil yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tanpa memberitahu DAP terlebih dahulu.

"Baru tidak pernah memaklumkan kita terlebih dahulu bahawa tiga wakilnya tidak mempunyai kuasa seperti itu. Adakah tiga wakil PKR pada mesyuarat itu hanya untuk hiasan sahaja? Jika Baru terlebih dahulu memaklumkan kami.. saya tidak ragu-ragu untuk membatalkan atau menangguhkan mesyuarat itu," katanya.

Wong berkata, PKR telah menunjukkan bahawa para pemimpinnya di Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam mesyuarat dengan DAP Sarawak.

"Aduan itu dibangkitkan oleh SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) yang gagal mencapai persetujuan dengan PKR berhubung pengagihan kerusi dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham pada masa depan, Wong berkata DAP akan berkeras supaya pemimpin PKR Sarawak menunjukkan dalam hitam putih dari ibu pejabat kebangsaan mereka bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menyertai perbincangan dan di atas semua itu, bahawa mereka mempunyai kuasa membuat keputusan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan