Sultan Kelantan Mahu Lebih Banyak Infrastruktur Dibina Untuk Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat negeri itu dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.

"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.

"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam.

Sidang media itu adalah yang pertama kali diadakan Sultan Kelantan sejak baginda dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lepas, iaitu mengenai pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di KLCC, Sabtu ini.

Baginda bertitah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri perlu lebih aktif untuk meninjau kawasan kerana ia dapat memberikan gambaran sebenar terhadap keperluan rakyat.

Mengenai yayasan itu, Baginda bertitah yayasan itu dijangka akan mengumpul dana sebanyak RM5 juta bagi tujuan kebajikan termasuk pendidikan dan keagamaan.

"Saya mahu yayasan ini menolong orang miskin sehingga menjadi berdikari supaya boleh mencari pendapatan sendiri," titah baginda.

Menjawab soalan berkaitan kemelut Istana dan pemasyhurannya, baginda bersyukur kerana segala kemelut Istana Kelantan telah selesai dan menerimanya dengan reda.

Secara jujur, baginda tidak mahu majlis rasmi diadakan bagi pertabalannya secara besar-besaran serta memadai dengan majlis pemasyhurannya pada 13 Sept tahun lalu.

"Saya fikir benda macam ini satu formaliti daripada keperluan, ia benda yang membesar-besarkan diri," titah baginda.

Baginda juga menyatakan alasannya untuk menukar "Daulat Tuanku" kepada bertakbir "Allahu Akbar" kerana: "Saya fikir ataupun mungkin ilham, ini paling sesuai kerana sesiapa yang bercakap (bertakbir) dapat pahala."

Menyentuh soal politik, baginda bertitah mengingatkan seseorang pemimpin supaya tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan agama dan tidak memburuk-burukkan orang lain kerana seorang pemimpin yang baik tidak bertindak melampaui batas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan