Perangi Rasuah Suatu Jihad Kerajaan Berintegriti

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Memerangi rasuah adalah jihad paling utama setiap kerajaan yang berintegriti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dalam konteks politik masa kini, tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Bagi sebuah sistem demokrasi yang berfungsi, tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pemerhatian masyarakat.

"Betapa ramai kita lihat pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur dek terpalit amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Integriti bertajuk 'Agenda Integriti Nasional' sempena sambutan ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, Khamis.

Muhyiddin berkata usaha untuk memerangi rasuah secara menyeluruh seharusnya dibendung sehingga ke akar umbi dan tidak hanya tertumpu kepada pihak penguasa dan pemerintah semata-mata.

"Rasuah melibatkan pemberi dan penerima iaitu antara kerakusan mereka yang memiliki kuasa dan kelahapan mereka yang menerima habuan daripada penyalahgunaan kuasa.

"Justeru, untuk membolehkan kita melangkah ke hadapan sebagai bangsa yang berintegriti dan bermaruah, amalan rasuah mesti diperangi secara habis-habisan dalam setiap sektor dan lapisan masyarakat.

"Baik di kalangan pengusaha mahupun rakyat biasa, di kalangan usahawan kecil mahupun peniaga besar, penjawat awam atau pekerja swasta, fokus utama kita ialah melipatgandakan usaha pemantapan dan pembudayaan integriti sebagai satu gerakan pembaharuan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat kita," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan telah mencapai beberapa kemajuan yang boleh dibanggakan sepanjang tempoh tujuh tahun pelaksanaan Pelan Integriti Nasional yang menetapkan lima sasaran utama termasuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Katanya tindakan tegas dan berani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam membanteras amalan rasuah melalui penahanan dan pendakwaan individu-individu yang terpalit dengan rasuah adalah sesuatu yang amat terpuji dan menjadi bukti nyata bahawa kerajaan serius dalam membendung dan memerangi gejala itu.

"Saya percaya dengan adanya kesungguhan dan komitmen berterusan daripada kerajaan dan semua pihak untuk menjayakan Pelan Integriti Nasional, objektif utama pelan ini iaitu untuk mewujudkan sebuah negara dan masyarakat yang berintegriti, akan tercapai," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata semua pihak harus berganding bahu dalam menjayakan gerakan pembudayaan integriti yang pastinya akan menjulang martabat bangsa sebagai bangsa yang bermaruah.

"Kejayaan kita menjadi manusia berintegriti hari ini perlu dijadikan dorongan untuk mengajak anggota keluarga dan masyarakat yang lain mengamalkan nilai-nilai integriti. "Saya juga berharap rangkaian integriti yang menjadi Rakan Integriti Institut Integriti Malaysia akan diperluaskan lagi dengan melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara agar Agenda Integriti Nasional ini dapat dijadikan aset Malaysia untuk bersaing di persada antarabangsa," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (Mou) antara IIM dan Kementerian Pelajaran dan Telekom Malaysia Berhad. Beliau turut melancarkan tiga buku baru terbitan IIM. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan