Najib Terima Penghargaan 'Bapa Transformasi Malaysia'

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Pengarah Malaysia (MID) malam ini memberikan penghargaan khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran 'Bapa Transformasi Malaysia' kerana kepimpimpinan transformasi beliau kepada negara.

Najib juga dilantik sebagai Felo Kehormat MID yang membolehkan beliau menyertai kumpulan elit Felo MID yang juga termasuk dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam di sini malam Rabu.

Felo Kehormat itu disampaikan oleh Presiden MID Tan Sri Lim Kok Wing.

Najib diiktiraf kerana usaha-usaha beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

MID memberikan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana kepimpinan inovasi beliau yang memberikan inspirasi amalan terbaik dalam tadbir urus kerajaan untuk mencapai transformasi menggunakan inovasi sebagai penggerak untuk status baru global.

Tokoh-tokoh korporat utama yang menerajui sesetengah syarikat yang paling dinamik di negara juga diberikan penghargaan pada majlis itu kerana inovasi perniagaannya di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 17 syarikat yang meliputi pelbagai sektor seperti penerbangan, automotif, perbankan, kewangan, pelbagai pelaburan, pendidikan dan penjagaan kesihatan menerima anugerah Kepimpinan Inovasi dalam Globalisasi daripada Perdana Menteri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan