Motosikal Lebih 15 Tahun Tak Wajib Pemeriksaan Puspakom

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan wujudnya keputusan kerajaan berkaitan peraturan mewajibkan kesemua motosikal berusia 15 tahun ke atas melalui pemeriksaan oleh Puspakom sebagai syarat bagi pembaharuan lesen kenderaan.

Beliau berkata, setakat ini, hanya kenderaan awam dan kenderaan perdagangan sahaja diwajibkan menjalani pemeriksaan kenderaan secara berkala bagi memastikan kenderaan itu sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan.

"Kerajaan tidak wajibkan pemeriksaan untuk kesemua motosikal berumur 15 tahun ke atas seperti yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak termasuk ahli persatuan pengedar motosikal baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan