Malaysia, Lesotho Kukuhkan Pembangunan Modal Insan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Lesotho berikrar untuk mengukuhkan pembangunan modal insan antara kedua-dua negara dengan yang terkini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melatih pasukan polis negara itu.

Di samping itu, Malaysia akan juga melatih sesetengah diplomat Lesotho di sini.

Ini adalah antara hasil perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Mosisili di sini Khamis.

"Kita mengadakan perbincangan dua hala yang sangat berhasil dan menarik. Kita telah meneroka kerjasama dua hala yang baru dan Perdana Menteri (Mosisili) sangat berminat agar Malaysia terus menyokong Lesotho khasnya dalam pembangunan modal insan dan latihan.

"Sejak kita lancarkan MTCP (Program Kerjasama Teknikal Malaysia), kita telah menerima 94 pegawai dari Lesotho dalam pelbagai latihan dan program latihan ini di bawah MTCP akan diteruskan pada masa akan datang," kata Najib pada persidangan media bersama dengan Mosisili hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama Mosisili ke Malaysia sungguhpun pernah berada di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1997, 1999, 2002 dan 2007.

Mengenai latihan polis, Najib berkata Mosisili membuat permintaan tertentu agar PDRM melatih pegawainya di Lesotho khasnya dalam bidang ketenteraman awam dan keselamatan termasuk penambaikan kemampuannya.

"Saya gembira memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk menyokong permintaan ini dengan menghantar beberapa jurulatih kita dan program latihan ini akan dimulakan dalam tempoh terdekat," kata beliau.

Najib berkata Malaysia juga menerima permintaan Lesotho agar diplomatnya menjalani program latihan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di Kuala Lumpur.

"Program latihan ini akan dimulakan pada Oktober tahun ini dan Lesotho dialu-alukan untuk menghantar sesetengah diplomatnya ke sini," tambah beliau.

Sementara itu, Mosisili melahirkan penghargaan terhadap sokongan berterusan oleh kerajaan Malaysia dalam pembangunan sumber manusia untuk rakyat Lesotho.

"Pembangunan sumber manusia adalah kunci utama dalam usaha kita untuk pembangunan di mana-mana negara.

"Kerana, sumber-sumber lain tidak boleh digunakan jika rakyat tidak dilatih dengan sempurna untuk memberikan manfaat kepada rakyat biasa lain," tambah Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan