Muktamar: PAS Kelantan Hampir Selesai Mengadakan Mesyuarat

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Hampir kesemua 14 PAS kawasan Kelantan menyerahkan mandat kepada Jawatankuasa masing-masing untuk mencalonkan pimpinan di peringkat pusat. Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata hanya PAS Kawasan Bachok belum mengadakan mesyuarat agung dan akan berbuat demikian pada 21 Mei ini.

Beliau berkata hanya Pas kawasan Kubang Kerian dan Kota Baharu mencalonkan pemimpin untuk bertanding di peringkat pucuk pimpinan parti, khasnya untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden oleh perwakilan.

"PAS kawasan Kota Baharu dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini mencalonkan Presiden Parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mempertahankan jawatan itu dalam muktamar agung nanti.

"Manakala PAS kawasan Kubang Kerian mencalonkan Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kelaboran berkata semua kawasan PAS mengadakan mesyuarat mengikut jadual, yang sepatutnya berakhir pada hujung Mei. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan