Kerajaan P. Pinang Tidak Akan Terima Wang Dipulangkan Warga Emas - Berita Semasa | mStar

Kerajaan P. Pinang Tidak Akan Terima Wang Dipulangkan Warga Emas

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan