Eskay Beri Keterangan Kepada Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada Rabu memberi keterangan kepada polis berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat lepas.

Beliau hadir di Balai Polis Kepong kira-kira 11 pagi bersama seorang lelaki dengan menaiki kereta Proton Waja dan keluar dua jam kemudiannya selepas diambil keterangan. Sementara itu, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yang datang secara berasingan kemudiannya masuk ke dalam balai yang sama kira-kira 2.30 petang untuk diambil keterangan.

Difahamkan seorang lagi anggota trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan diambil keterangan pada 4.30 petang Rabu.

Pada Jumaat lepas, Eskay melafazkan sumpah laknat di masjid tersebut untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lepas.

Kira-kira 300 penyokong PKR berkumpul dan membuat kekecohan di luar dan dalam masjid itu bagi menghalang niat Eskay. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan